Latihan Soalan : Kata Ganda Berimbuhan

Pilih kata ganda berimbuhan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.


1  Kita hendaklah sentiasa _____ketika memandu di jalan raya.
A.      Berhati-hati
B.      Berlumba-lumba
C.      Berlambat-lambat
D.      Teringat-ingat

2  Pada cuti smester yang lepas, saya berkesempatan _______di Pulau Langkawi.
A.      Melancong-lancong
B.      Berlari-lari
C.      Berjalan-jalan
D.      Bersiar-siaran

3  Kalau hanya _______, semua usaha anda tidak akan menghasilkan kejayaan.
A.      Berkorbar-kobar
B.      Berangan-angan
C.      Andai-andaian
D.      Mengharap-harapkan

4  Kepala budak itu _______ketika mendengar nasihat yang diberikan oleh datuknya.
A.      Terangguk-angguk
B.      Terkulai-kulai
C.      Tergeleng-geleng
D.      Terangkat-angkat

5  Walaupun sudah pukul 2 pagi, mata Nazli masih ______ tidak mahu tidur.
A.      Tercelik-celik
B.      Terbuka-buka
C.      Terngantuk-ngantuk
D.      Terkebil-kebil

6  Mereka berjuang _______ bagi mempertahankan tanah air daripada ditawan musuh.
A.      Berperang-perangan
B.      Bermati-matian
C.      Bertembak-tembakan
D.      Berbunuh-bunuhan

7  Walaupun Farah berada jauh di rantau orang, namun dia sentiasa _______akan keluarganya di kampong.
A.      Terkenang-kenang
B.      Tersedih-sedih
C.      Terlihat-lihat
D.      Terdengar-dengar

8  Orang yang berkasih sayang sentiasa _______ antara satu sama lain.
A.      Rindu-rinduan
B.      Bayang-bayangan
C.      Suka-sukaan
D.      Ingat-ingatan

9  Dia masih bersikap _______walaupun sudah berumur tiga puluh tahun.
A.      Keibu-ibuan
B.      Keanak-anakan
C.      Kemalu-maluan
D.      Kegila-gilaan

10 Kejadian _____sering berlaku sekarang ini kerana kita semakin lalai.
A.      Tawan-menawan
B.      Kutuk-mengutuk
C.      Tipu-menipu
D.      Hina-menghina

11 Para peserta _______keletihan setelah menghabiskan acara larian 5000 meter.
A.      Tercunggap-cunggap
B.      Terhengeh-hengeh
C.      Terjelir-jelir
D.      Terjatuh-jatuh.

12 Pak Long memperoleh rezeki yang banyak setelah lembu yang dipeliharanya ______.
A.      Beranak-anak
B.      Bersungguh-sungguh
C.      Bertambah-tambah
D.      Beranak-anak

13  Majlis suai kenal itu diadakan bagi membolehkan para peserta projek itu ______dengan penduduk kampung.
A.      Bercakp-cakap
B.      Berpandang-pandang
C.      Berkenal-kenal
D.      Beramah-tamah

14  Sang Kancil ______ untuk melepaskan diri setelah termasuk ke dalam perangkap.
A.      Menjerit-jerit
B.      Meronta-ronta
C.      Menangis-nangis
D.      Merayu-rayu

15  Adik menangis ______ kerana duitnya hilang semasa bermain.
A.      Tersedu-sedan
B.      Terkedu-kedu
C.      Teresak-esak
D.      raung-raungan

16  Sehingga ke hari ini , saya masih ______punca sebenar tragedi itu berlaku.
A.      Tersoal-soal
B.      Tertanya-tanya
C.      Terjawab-jawab
D.      Teragak-agak

17  Semalam hujan turun dengan lebatnya dan kilat pula _____.
A.      Sambung-menyambung
B.      Terus-menerus
C.      Pancar-memancar
D.      Sabung-menyabung

18  Hakimi memulakan perniagaan secara ______ di pekan.
A.      Besar-besaran
B.      Kecil-kecilan
C.      Mati-matian
D.      Habis-habisan

19  Hari raya adalah kesempatan yang perlu diambil untuk ______ antara satu sama lain sambil memberi salam dan mengeratkan persaudaraan.
A.      Datang-mendatangi
B.      Kunjung-mengunjungi
C.      Usik-mengusik
D.      Puji-memuji

20 Hidup berjiran mestilah ______setiap masa.
A.      Bantu-membantu
B.      Berjalan-jalan
C.      Bertandang-tandang
D.      Ziarah-menziarahi

21  Sikap _____ merupakan amalan hidup masyarakat kita terutamanya di kampong-kampung.
A.      Berlepak-lepak
B.      Tandang-bertandang
C.      Tolong-menolong
D.      Bertegur-sapa

22  Dia berada di rumahnya ______ tanpa pergi ke mana-mana.
A.      Sehari-hari
B.      Selama-lama
C.      Seelok-eloknya
D.      Sepuas-puasnya

23 ______ayah merestui juga perkahwinan kakak dengan pemuda Inggeris itu.
A.      Awal-awal
B.      Akhir-akhiran
C.      Lama-kelamaan
D.      Habis-habisan

24  Tekadnya untuk melanjutkan pelajaran ke London telah bulat dan tidak boleh ______lagi.
A.      Diganggu-ganggu
B.      Diganggu-gugat
C.      Ditukar-tukar
D.      Dipecah-pecah

25  Usahlah anda _____lagi, masa yang berlalu tidak akan berulang kembali.  Baik kalau anda fikirkan langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah.
A.      Berlengah-lengah
B.      Terhegeh-hegeh
C.      Berdolak-dalik
D.      Bergegas-gegas

Jawapan Kata Berimbuhan
1.       A
2.       C
3.       B
4.       A
5.       D
6.       B
7.       A
8.       A
9.       B
10.   C
11.   A
12.   A
13.   C
14.   B
15.   C
16.   B
17.   D
18.   B
19.   B
20.   A
21.   C
22.   A
23.   C
24.   B
25.   A


Latihan Soalan : Kata Ganda Berima


Pilih kata ganda berima yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah. 


1  ______ yang dihidangkan di majlis itu sungguh enak.
A.      Lauk-pauk
B.      Rumput-rampai
C.      Serba-serbi
D.      Saki-baki

2  Mak Siti menjual _____sebagai jaudah berbuka puasa di gerai itu.
A.      Sayur-mayur
B.      Kuih-muih
C.      Kayu-kayan
D.      Rempah-ratus

3  Dia memotong ______yang tumbuh di kebun pisangnya.
A.      Batu-batan
B.      Sampah-sarap
C.      Rumput-rampai
D.      Tanah-tanih

4  Orang gila yang _______ di kawasan itu menakutkan orang ramai.
A.      Mundar-mandir
B.      Tungkus-lumus
C.      Keluh-kesah
D.      Ramah-tamah

5  Mangsa kemalangan itu mati _______kerana mengalami kecederaan yang parah.
A.      Hiruk-pikuk
B.      Serta-merta
C.      Gopoh-gapah
D.      Kusut-masai

6  Kepala bayi itu ______ tanpa Seurat rambut selepas dicukur.
A.      Licin-licau
B.      Lekak-lekuk
C.      Calar-balar
D.      Comot-momot

7  Suasana menjadi ______ apabila Hang Jebat mengamuk di halaman istana.
A.      Serta-merta
B.      Kumat-kamit
C.      Segar-bugar
D.      Huru-hara

8  Biarlah ______kita beradab apabila berhadapan dengan orang yang lebih tua.
A.      Susur-galur
B.      Tindak-tanduk
C.      Lalu-lalang
D.      Ulang-alik

9  _______makanan yang ditinggalkan itu telah dimakan oleh kucing.
A.      Saki-baki
B.      Sayur-mayur
C.      Suku-sakat
D.      Lauk-pauk

10 Hidung Daud ______apabila mendapat pujian daripada guru kelasnya.
A.      Herot-berot
B.      Debak-debuk
C.      Kembang-kempis
D.      Kumat-kamit

11  Mulut Pak Lebai _______ketika membaca doa di majlis itu.
A.      Kumat-kamit
B.      Kembang-kempis
C.      Bengkak-bengkil
D.      Keluh-kesah

12 Anggota badan mangsa nahas kapal terbang itu sukar untuk dikenalpasti kerana telah _______.
A.      Cerai-berai
B.      Simpang-siur
C.      Mundar-mandir
D.      Koyak-rabak

13 Jalan raya di kota itu _______.
A.      Simpang –siur
B.      Porak-peranda
C.      Kucar-kacir
D.      Mundar-mandir

14  Sayur-sayuran Pak Lah kelihatan ______kerana disiram setiap hari.
A.      Kusut-masai
B.      Compang-camping
C.      Lemah-longlai
D.      Segar-bugar

15  Mak Yam _____kerana suaminya masih belum pulang sedangkan hari telah larut malam.
A.      Mundar-mandir
B.      Keluh-kesah
C.      Segar-bugar
D.      Kucar-kacir

16  _______kaum Iban tinggal di rumah panjang.
A.      Cerai-berai
B.      Hasil-mahsul
C.      Suku-sakat
D.      Saki-baki

17 Pesta tarian itu menjadi ______apabila bekalan elektrik terputus dengan tiba-tiba .
A.      kucar-kacir
B.      keluh-kesah
C.      simpang –siur
D.      mundar-mandir

18  Mahmud lari _______ apabial dikejar oleh orang gila.
A.      Kelam-kabut
B.      Lintang-pukang
C.      Lemah-longlai
D.      Tunggang-langgang

19  _______orang tua itu telah diselesaikan oleh anaknya.
A.      Hutang-piutang
B.      Saki-baki
C.      Keluh-kesah
D.      Simpang-siur

20 Penduduk kampung Limau Manis bergotong-royong membersihkan ______di hujung kampung.
A.      Bukit-bukau
B.      Semak-samun
C.      Huru-hara
D.      Simpang-siur

21  Ada _______menyatakan bahawa pengarah bank itu ditangkap kerana melakukan rasuah.
A.      Desas-desus
B.      Keluh-kesah
C.      Sebab-musabab
D.      Hiruk-pikuk

22  Hati ibu tua itu ______kerana anak-anaknya sudah tidak mahu mendengar nasiahtnya lagi.
A.      Keluh-kesah
B.      Remuk-redam
C.      Geli-geleman
D.      Huru-hara

23  “Encik Johan, _____ saya katakana bahawa, saya sudah tidak sanggup lagi melakukan kerja yang berat itu,” kata Zainon.
A.      Ramah-tamah
B.      Dolak-dalik
C.      Lemah-lemut
D.      Terus-terang

24  Sikapnya yang _____ itu menyebabkan dia disukai oleh rakan-rakan sekerjanya.
A.      Lemah-longlai
B.      Gopoh-gapah
C.      Ramah-tamah
D.      Kelam-kabut

25  “Kasihan sungguh orang tua itu, pakaiannya ____,”kata Juliza kepada kakaknya.
A.      Kusut-masai
B.      Compang-camping
C.      Tunggang-langgang
D.      Huru-hara

Jawapan Kata Ganda Berima
1.       A
2.       B
3.       C
4.       A
5.       B
6.       A
7.       D
8.       B
9.       A
10.   C
11.   A
12.   A
13.   A
14.   D
15.   B
16.   C
17.   A
18.   B
19.   A
20.   B
21.   A
22.   B
23.   D
24.   C
25.   B