Latihan Berformat UPSR : Soalan Kata Ganda Separa

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda separa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

pepatung
1  Beberapa ekor ______ berterbangan di tepi tasik yang jernih itu.
A  sesumpah C  jejentik
B  pepatung D  kekupu

2  Puan Rohana meletakkan ______ di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu dengan dapur.
A  sesendal C  sesekat
B  kekuda D  kekisi

3  Manisah amat menggemari pekasam ikan _______ yang dibuat oleh neneknya.
A  peparam C  pepuyu
B  jejentik D  reriang

4  Air yang dibekukan akan berubah menjadi ______ apabila terkena cahaya matahari.
A  bebalang C  peparu
B  pepejal D  cecair

5  Puan Nora meletakkan pasu yang dihadiahkan oleh sahabatnya di ______ rumah.
A  pepenjuru C  kekuda
B  pepara D  kekisi

6  Nenek amat menggemari ulam daun _____ yang dimakan dengan nasi dan sambal belacan.
A  kekabu C  bebuas
B  reriang D  kekisi

7  Ramai yang tidak tahu bahawa bawang menyimpan makanan di _____ nya.
A  bebawang C  bebola
B  rerambut D  jejari

8  Wanita yang memakai _______ berwarna putih itu baru pulang dari Mesir.
A  kekudung C  reriang
B  rerambut D  jejari

9  Kami menenbang pohon ______ di tepi sungai untuk dibuat lemang.
A  pepohon C  kekuda
B  bebuluh D  cecawi

10  Alisya menyimpan biskut-biskut kegemarannya ke dalam ______ supaya tidak lemau.
A  bebotol C  bebola
B  bebuluh D  bebuli

11  Nenel Tijah duduk di ______ sambil menganyam tikar mengkuang.
A  tetingkat C  pepara
B  bebalai D  kekisi

12  Perajurit itu melemparkan ______ ke arah musuh yang baru hendak menyerang.
A  bebalang C  bebuas
B  bebola D  bebuli

13  Encik Anand memasang _______ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.
A  tetingkap C  sesiku
B  kekuda D  kekisi

14  Pada zaman dahulu,  ________ atau dikenali sebagai kincir angin, digunakan untuk mengisar gandum.
A  bebaling C  bebuluh
B  bebalai D  kekuda

15  _______ yang memandu Proton Inspira itu jiran sebelah rumah saya.
A  Tetangga C  Jejaka
B  Tetamu D  Jejari

16  Pegawai penyiasat itu gemar memakai kot labuh yang ber_______.
A  kekepuk C  tetulang
B  kekabu D  kekisi

17  Nenek membuat ______ untuk kakak yang baru lepas melahirkan anak.
A  kekacang C  bebola
B  jejamu D  jejurai

18  Aidil merupakan salah seorang _____ yang membawa barang hantaran semasa istiadat peminangan itu.
A  bebalang C  jejawat
B  bebaling D  jejari

19  ______ yang tersusun di atas meja itu berisi barangan jualan langsung Puan Dahlia.
A  Tetingkat C  kekayu
B  Kekotak D  Bebola

20  Tukang kayu itu menggergaji papan di atas ______ sebelum dijadikan perabot.
A  tetulang C  kekuda
B  sesiku D  kekisi

21  Emak memetik ______ di belakang rumah untuk dibuat sambal.
A  rerambut C  sesiku
B  peparu D  lelada

22  Pak Daud mencantas ______ pokok yang sudah mati.
A  reranting C  tetulang
B  pepohon D  dedaun

23  Ayah menggantikan _______ di rumah kami dengan yang baru kerana sudah reput.
A  tetulang C  tetikus
B  tetupai D  sesiku

24  Kereta sorong itu tidak digunakan lagi kerana ______nya telah rosak.
A  sesendal C  tetulang
B  sesondol D  kekuda

25  Puan Wong berasa sakit hendak melahirkan anak apabila air ______nya pecah.
A  tetulang C  tetuban
B  pepejal D  cecair

26  Kos untuk membina _____ di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
A  tetambak C  bebola
B  kekuda D  kekisi

27  Kuih _____ adalah antara kuih yang menjadi kegemaran saya.
A  bebawang C  kekabu
B  kekoleh D  bebola

28  Nadium minum segelas air asam jawa kerana _____nya terasa kering.
A  kekorok C  peparu
B  rerambut D  jejari

29  Penyanyi itu memakai ______pada rambutnya sebagai hiasan.
A  gegelang C  jejurai
B  rerambut D  bebuli

30  ______ru yang rimbun di persisiran pantai itu mengindahkan pemandangan.
A  Reranting C  Tetulang
B  Pepohon D  Dedaun

31  Adik berasa sangat teruja kerana dapat melihat ikan _______ semasa melawat Aquaria.
A  sesumpah C  kekupu
B  lelumba D  jejentik

32  Luqman bermain _______ semasa membuat persembahan ghazal di majlis perkahwinan itu.
A  tetingkat C  tetikus
B  bebola D  tetarik

33  Saya suka minum air yang disimpan di dalam ______ itu kerana rasanya sejuk.
A  bebalang C  reranting
B  rerambut D  kekabu

34  Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar _____ boleh menyimpan air dengan banyak.
A  bebawang C  reranting
B  rerambut D  kekabu

35  ______ ialah sejenis kutu yang berbau busuk dan seka tinggal di tempat-tempat tersembunyi.
A  Rerama C  Jejentik
B  Reriang D  pepijat

36 Mangsa-mangsa  yang terperangkap di bawah _______ bangunan itu telah berjaya dikeluarkan oelh penyelamat.
A  reranting C  tetulang
B reruntuh D  kekuda

37  Pohon ______ banyak terdapat di kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highlands.
A  bebawang C  dedaun
B  rerambut D  reribu

38  Syarikat Sasmurni bakti mengiklankan produk keluarannya melalui _____ yang direntang di pusat membeli-belah.
A  gegantung C  jejurai
B  gegelung D  jejari

39  Pak Husin menjerat pelanduk dengan menggunakan ______.
A  rerambut C   sesiku
B  cecekik D   bebiri

40  Pengantin perempuan pada masa kini kurang gemar memakai _____ sewaktu bersanding kerana berat.
A  jejamang C  lelangit
B  rerambut D  kekuda

41_____ menumpang hidup pada batang tumbuhan yang lain.
A  Sesungut C  Pepohon
B  Dedaun D  Dedalu

42  ______ yang banyaka di rumah nenek membolehkan angin masuk dan menyebabkan kami berasa nyaman.
A  Tetingkat C  Kekuda
B  Lelangit D  Jejala

43  Kakak yang baru lepas melahirkan anak itu menyapu _____ di seluruh badannya selepas mandi.
A  peparam C  Kekuda
B  dedaun D  pepara

44  Terdapat sebuah gerai yang menjadi air cendol di bawah pohon _____ itu.
A  pepohon C  deduit
B  jejarum D  jejawi

45  Hakim measukkan semua anak kunci pada ____ supaya mudah dicari.
A  gegelung C  cecincin
B  sesendal D  jejari

Jawapan
1B
2C
3C
4D
5A
6C
7A
8A
9B
10A
11B
12A
13D
14A
15C
16A
17B
18C
19B
20C
21D
22A
23B
24B
25C
26A
27B
28A
29C
30B
31B
32D
33D
34B
35D
36B
37D
38A
39B
40A
41D
42D
43A
44D
45C

No comments:

Post a Comment