Soalan-soalan Objektif : Kata Ganda Berimbuhan

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Hafiz makan ______ nasi kerana terlalu lapar.
A  berpinggan-pinggan C  berbulan-bulan
B  berdozen-dozen D  beribu-ribu

2  “Jangan suka _______ membuat sesuatu kerja, nanti kamu yang akan rugi,” nasihat ibu kepada saya.
A  bertangguh-tangguh C  berselang-seli
B  bersimpang-siur D  bertalu-talu

3  Guru besar sekolah itu tidak ________untuk mengenakan tindakan disipin terhadap murid yang selalu mencuri harta-benda sekolah itu.
A  terhegeh-hegeh C  teragak-agak
B  terbawa-bawa D  tercari-cari

4  Adila ________ balasan e-mel daripada abangnya yang sedang menuntut di luar negara.
A  terpandang-pandang C  terhenti-henti
B  terbayang-bayang D  ternanti-nanti

5  Izaat berjalan ke sekolah dengan ______ kerana dia terlambat bangun daripada tidur.
A  tercengang-cengang C  tergesa-gesa
B  terhegeh-hegeh D  tercari-cari

6  ________ penonton datang ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan badminton antara Malaysia dengan Indonesia.
A  Berduyun-duyun C  Bertalu-talu
B  Berbakul-bakul D  Bertubi-tubi

7  Sarimah ______ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.
A   mengusap-usap C  mencubit-cubit
B  memicit-micit D  mengurut-urut

8  Semangat saya untuk berjaya semakin _______ selepas mengikuti khemah motivasi itu.
A  berkobar-kobar C  berkilau-kilau
B  berkibar-kibar D  berkelip-kelip

9  Puan Saleha _________ hendak menambah satu lagi cawangan kedai keknya di Ipoh.
A  berebut-rebut C  berkata-kata
B  berpura-pura D  berkira-kira

10  Marina menangis ________ apabila mendapati namanya tidak tersenarai untuk mewakili sekolah dalam acara bola jaring.
A  tersengguk-sengguk C  tergapai-gapai
B  tersenyum-senyum D  teresak-esak

11  Dhiya _______ kegirangan apabila memenangi pertandingan reka cipta di sekolahnya.
A  melompat-lompat C  melaung-laung
B  melambai-lambai D  meleret-leret

12  Adik  ________ apabila ayah tidak membenarkannya mengikuti perkhemahan di Janda Baik.
A  melompat-lompat C  merungut-rungut
B  melayang-layang D  menari-nari

13  Jason tidur _______ semasa di dalam domuter kerana terlalu letih.
A  tersengguk-sengguk C  terputus-putus
B  tersangkut-sangkut D  tersedu-sedu

14  Puan Fatimah tidak suka ________ walapun semua anaknya berjaya dalam kerjaya mereka.
A  bermegah-megah C  berbunyi-bunyi
B  bercakap-cakap D  beringat-ingat

15  Ibu meminta adik mengemas alat mainannya yang ______ di ruang tamu.
A  bersepah-sepah C  berselang-seli
B  bersusun-susun D  bertalu-talu

16  Imran sering ________ apabila diminta membayar yuran persatuan.
A  bertanya-tanya C  berdolak-dalik
B  bersama-sama D  berliku-liku

17  Kumpulan Anggerik ________ menyiapkan model penapis air untuk merebut gelaran juara pertandingan reka cipta.
A  bertungkus-lumus C  berubah-ubah
B  berulang-alik D  berlari-lari

18  Puan Azibah sering ________ juadah dengan jirannya terutama sekali pada bulan puasa.
A  bertingkah-tingkah C  bertukar-tukar
B  berselang-seli D  berturut-turut

19  Saya dan kakak sering ________ di taman pada waktu petang.
A  bersungguh-sungguh C  bersiap-siap
B  berpusing-pusing D  bersiar-siar

20  Telefon di atas meja itu _________ tetapi tiada sesiapa pun yang mengendahkannya.
A  berdentum-dentum C  berdering-dering
B  berdesing-desing D  berdekah-dekah

21  Nenek menadah air hujan yang ________dari atap rumah yang bocor itu dengan besen.
A  menyembur-nyembur C  mencurah-curah
B  mengulang-ulang D  menitik-nitik

22  Janet ________ keletihan selepas berlari tiga pusingan di padang sekolahnya.
A   tercungap-cungap C  tersedu-sedu
B  teresak-esak D  terbuai-buai

23  Jalur Gemilang _______ di setiap rumah sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
A  bergerak-gerak C  berkibar-kibar
B  berkipas-kipas D  berbuai-buai

24  Dahlia ________ sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
A  tercengang-cengang C  terbawa-bawa
B  terbayang-bayang D  tercari-cari

25  Anita ketawa ________ apabila menonton rancnagan komedi kegemarannya.
A  berdentang-dentang C  berdekah-dekah
B  berderai-derai D  berdolak-dalik

26  Nasihat yang diberi oleh penceramah motivasi itu masih _________ di telinga saya.
A  terkenang-kenang C  terngiang-ngiang
B  terbayang-bayang D  teringat-ingat

27  Felicia _______ bunga yang diletakkan di atas meja itu supaya kelihatan segar.
A  memercik-mercik C  merenjis-renjis
B  mencium-cium D  memilih-milih

28  Sudah _______ ayah membeli telefon bimbit itu tetapi masih belum tahu menggunakannya.
A  bergunung-gunung C  berhari-hari
B  bergesa-gesa D  beria-ia

29  Muka aida ______ bagai udang dibakar kerana kepanasan.
A  kekuningan-kuningan C  kehijau-hijauan
B  kemerah-merahan D  kebiru-biruan

30  Emran berjalan _________ kerana kakinya terseliuh semasa bermain bola sepak.
A  terhuyung-hayang C  terkedek-kedek
B  terlompat-lompat D  terhincut-hincut

31  Ayam itu _________ tanah untuk mencari makanan.
A  menyapu-nyapu C  mengais-ngais
B  mengikis-ngikis D  mengait-ngait

32  Abang Hakimi berenang ke arah seorang kanak-kanak yang ______ di pantai itu.
A  termengah-mengah C  tergapai-gapai
B  tergagau-gagau D  tersedu-sedu

33  Beg tiruan yang dibeli oleh kakak _______ beg berjenama terkenal.
A  sedalam-dalam C  secepat-cepat
B  sedapat-dapat D  seakan-akan

34  Puan Ratna ________ dengan tetamu yang datang ke rumahnya.
A  berbeza-beza C  berbual-bual
B  berdecit-decit D  berbelit-belit

35  Wajah Poh Ru kelihatan _________ walaupun usianya sudah 25 tahun.
A  kemerah-merahan C  kegelap-gelapan
B  kebarat-baratan D  keanak-anakan

36  Sarung bantal yang ______ itu dijahit oleh ibu saya.
A  berbunga-bunga C  bersegi-segi
B  berkepul-kepul D  berliku-liku

37  Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ________ bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir itu.
A  membanding-bandingkan
B  membesar-besarkan
C  membeza-bezakan
D  mengagih-agihkan

38  Rumah Puan Dewi yang terletak di Taman Angsana itu _________ dengan rumah Puan Chong.
A  bersebelah-sebelahan C  beriring-iringan
B  bercakar-cakaran D  berdua-duaan

39  Pasar raya itu menjual _______ jenis barangan keperluan dapur dan juga pakaian.
A  berpinggan-pinggan C  berpotong-potong
B  berlonggok-longgok D  berbagai-bagai

40  Adik ________ tangannya yang gatal akibat digigit nyamuk.
A  menggapai-gapai C  memukul-mukul
B  menggaru-garu D  menarik-narik

Jawapan
1A
2A
3C
4D
5C
6A
7A
8A
9D
10D
11A
12C
13A
14A
15A
16C
17A
18C
19D
20C
21D
22A
23C
24A
25C
26C
27C
28C
29B
30D
31C
32C
33D
34C
35D
36A
37D
38A
39D
40B

Latihan Objektif : Kata Ganda Tahun 5

Latihan 2

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  “  _____ kita bermuafakat untuk membangunkan kampung ini,” kata penghulu Kampung Jawa.
A  Selama-lamanya
B  Rupa-rupanya
C  Rasa-rasanya
D  Seelok-eloknya

2  Suasana di rumah Encik Chong berubah menjadi _____ apabila semua anaknya berhijrah ke tempat lain.
A  sunyi-sepi
B  hiruk-pikuk
C  gegak-gempita
D  gopoh-gapah

3  Sorakan para penonton di dalam dewan itu menjadikan suasana ______.
A  porak-peranda
B  hiruk-pikuk
C  haru-biru
D  kucar-kacir

4  Pegawai itu kelihatan _____ di ruang tamu pejabatnya kerana memikirkan masalah pekerjaannya.
A  ulang-alik
B  pindah-randah
C  mundar-mandir
D  bolak- balik

5  Jika kamu ingin melihat ______ berterbangan dan mengeluarkan cahaya pada waktu malam bolehlah berkunjung ke Kuala Selangor.
A  kunang-kunang
B  patung -patung
C  layang-layang
D  obor-obor

Latihan Tahun 5 : Kata Ganda

Latihan 2 : Kata Ganda

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai.

Sesiku terang-benderang bertukar-tukar lelabah anak-anak

1  Mereka melukis murai itu dengan menggunakan sesiku supaya ukurannya tepat.

2  Adik menjerit sekuat hati kerana seekor lelabah jatuh ke ribanya.

3  Pada waktu malam, Bandar Raya Kuala Lumpur terang-benderang dengan cahaya lampu di sepanjang jalan.

4  Encik Johari melambai-lambaikan tangan kepada _________nya yang sedang menunggu kepulangannya di pintu rumah.

5  Mereka berbincang dan _______ pendapat sewaktu mesyuarat dijalankan.



Kertas Soalan Objektif 3 : Kata Ganda Berentak

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Penjenayah yang dikejar oleh polis itu ________ ke dalam rumah kosong itu.
A  susur-galur C  susup-sasap
B  suku-sakat D  kusut-masai

2  ________ penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para peminatnya.
A  Lintang-pukang C  Susur-galur
B  Tindak-tanduk D  Selok-belok

3  Rumah yang kami diami sekarang adalah pusaka ________ keluarga ayah.
A  turun-temurun C  susur-galur
B  pindah-randah D  selang-seli

4  _______ yang digunakan untuk mengikat kapal itu sangat tahan lama.
A  Jongkang-jongket C  Umbang-ambing
B  Bengkang-bengkok D  Tali-temali

5  ________ Tok Malim terkenal dengan sifat berhemah tinggi dan disenangi oleh ramai orang.
A  Turun-temurun C  Corat-coret
B  Susur-galur D  Anak-pinak

6  Kolam itu dihiasi dengan ______ yang cantik dan unik.
A  tanah-tanih C  batu-batan
B  bukit-bukau D  tali-temali

7  Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.
A  rumput-rumpai C  batu-batan
B  sayur-mayur D  tali-temali

8  ________ Adila menaiki komuter ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
A  Lintang-pukang C  Sekali-sekala
B  Kelam-kabut D  Huru-hara

9  Kuih lapis yang ibu buat ______ dengan warna merah dan putih.
A warna-warni C  selang-seli
B  lekak-lekuk D  corat-coret

10  Saya sukar mempercayai kerana dia sering bercakap _______.
A  lenggang-lenggok C  bolak-balik
B  riuh-rendah D  liang-liuk

11  Ahli payung terjun yang berani itu terapung-apung di _______.
A  awang-gemawang C  bukit-bukau
B  gunung-ganang D  tanah-tanih

12  ______bunyi mercun semasa sambutan Tahun Baru jelas kedengaran dari rumah saya.
A  Dentam-dentum C  Desas-desus
B  Degap-degup D  Detik-detak

13  Puan Amani ______ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada setiap hari.
A  umbang-ambing C  ulang-alik
B  lenggak-lenggok D  huru-hara

14  Badan Danial ______ setelah makan makanan laut kerana dia mengalami masalah alahan.
A  kembang-kempis C  degap-degup
B  bengkak-bengkil D  calar-balar

15  Sup sayur itu _______ kerana mangkuknya terlalu kecil.
A  tunggang-langgang C  comot-momot
B  tumpah-ruah D  serbah-serbih

16  Halina ada ________ dengan pemimpin yang disegani itu.
A  turun-temurun C  kacau-bilau
B  desas-desus D  kait-paut

17  Anak anak ayam itu _______ setiap kali nenek memberi makan.
A  riuh-rendah C  hiruk-pikuk
B  sorak-sorai D  ciak-ciap

18  Ibu meletakkan sekeping kertas tebal sebagai alas kaki alamari yang ______ itu.
A  tunggang-langgang C  incang-incut
B  lenggang-lenggok D  liang-liuk

19  Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu terkejut.
A  kelentang-kelentung C  degap-degup
B  dentam-dentum D  riuh-rendah

20  _______ di kawasan itu subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.
A  Sayur-mayur C   Kayu-kayan
B  Tanah-tanih D   Batu-batan

21  Surat khabar lama itu __________ kerana dicakar kucing peliharaan abang.
A  lintang-pukang C  robak-rabik
B  kusut-masai D  haru-biru

22  Gadis itu dihormati kerana dia sentiasa memelihara ______ dalam pergaulan.
A  lenggang-lengguk C  basa-basi
B  suku-sakat D  liang-liuk

23  Basikal tua datuk saya berbunyi ________ apabila dikayuh.
A  kelentang-kelentung C  kerak-keruk
B  keriang-keriut D  kerap-kerup

24  Bau _______ begitu menusuk dihung apabila saya melalui tapak pelupusan sampah itu.
A  busuk-bangar C  hiruk-pikuk
B  hingar-bingar D  huru-hara

25  Kita tidak sepatutnya bercakap _________ walaupun sedang marah.
A  porak-peranda C  lekak-lekuk
B  carut-marut D  selang-seli

Jawapan
1C
2B
3A
4D
5D
6C
7A
8C
9C
10C
11A
12A
13C
14B
15B
16D
17D
18C
19A
20B
21C
22C
23B
24A
25B

Kertas Soalan Objektif 2 : Kata Ganda Berentak

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Wakil rakyat mendengar segala _______ penduduk tentang masalah bekalan air di kampung itu.
A  remeh-temeh C  kaya-raya
B  keluh-kesah         D  gerak-geri

2  Suasana ________ di pasar Jalan Tunku Abdul Rahman pada setiap hari Sabtu jelas kedengaran seawal jam 3.00 petang.
A  kacau-bilau C  kacar-kacir
B  hiruk-pikuk D  huru-hara

3  Peragawati itu berjalan ________ sambil memperagakan pakaian batik keluaran Butik Pesona.
A  lenggak-lenggok C  mundar-mandir
B  lintang-pukang D  liang-liuk

4  Ayah bekerja _________ demi menyara kehidupan kami sekeluarga.
A  gotong-royong C  gopoh-gapah
B  hempas-pulas D  kelam-kabut

5  _______ pemuda yang disyaki penjenayah itu dalam perhatian pihak polis.
A  Lenggang-lenggok C  Gerak-geri
B  Degap-degup D  Liang-liuk

6  _______ yang mengatakan bahawa harga minyak akan dinaikkan lagi pada tahun ini adalah tidak benar.
A  Dentam-dentum C  keluh-kesah
B  Desas-desus D  Corat-coret

7  Mak Cik Rahimah kini hidup _______ kerana semua anaknya telah berjaya dalam kejaya.
Atunggang-langgang C  senang-lenang
B  umbang-ambing D  serba-serbi

8  Ibu menyimpan _______ lauk di dalam peti sejuk supaya tidak basi.
A  rempah-ratus C  kucar-kacir
B  kacau-bilau D  saki-baki

9  Pelbagai gajet yang canggih di pasaran menjadi pilihan  ______ masa kini.
A  senang-lenang C  muda-mudi
B  hina-dina D  ipar-duai

10  Pondok kecil di kebun datuk _______ akibat pukulan angin kencang pada pagi tadi.
A  lintang-pukang C  punah-ranah
B  hancur-lebur D  huru-hara

11  Keluarga yang ________ akan mengganggu emosi anak-anak.
A  tunggang-langgang C  riuh-rendah
B  porak-peranda D  hiruk-pikuk

12  Pahang merupakan salah satu pengeluar ________ yang terpenting di negara kita.
A  gunung-ganang C  kayu-kayan
B  tanah-tanih D  batu-batan

13  Askar itu memakai pakaian seragam _______ ketika bertugas.
A  compang-camping C  comot-momot
B  celorong-celoreng D  kusut-masai

14  Tin-tin kosong yang _______ itu akan dihantar ke pusat kitar semula.
A  remuk-redam C  kemuk-kemik
B  hancur-lebur D  punah-ranah

15  _________ sepanjang majlis penyampaian anugerah itu disiarkan di dalam akhbar hari ini.
A  Lintang-pukang C  Corat-coret
B  Sorak-sorai D  Hiruk-pikuk

16  Perahu yang kami naiki _______ apabila dipukul ombak.
A  lintang-pukang C  olang-aling
B  simpang-siur D  haru-hiru

17  Datuk Kamal tidak suka membincangkan hal yang ______ di dalam mesyuarat itu.
A  remuk-redam C   kacau-bilau
B  remeh-temeh D   huru-hara

18  Adik suka makan kek _______ yang dibuat oleh ibu.
A  tawar-hambar C  warna-warni
B  serta-merta D  selang-seli

19  Mulut adik ________ setelah makan aiskrim yang digemarinya itu.
A  comot-momot C  sorak-sorai
B  riuh-rendah D  huru-hara

20  Gambar rajah itu _________ kerana dilukis tanpa menggunakan pembaris.
A  lintang-pukang C  kacau-bilau
B  simpang-siur D  herot-berot

21  Dada pelari itu ________ selepas menamatkan lariannya.
A  kembang-kempis C  remuk-redam
B  dentam-dentum D  ketak-ketuk

22  Selain buah-buahan,  Encik Edward juga menjadi _______ yang segar.
A  sayur-mayur C   bukit-bukau
B  tanah-tanih D   batu-batan

23  Setiap kali hari raya,  ayah akan memasang lampu _______ di rumah kami untuk memeriahkan suasana.
A  dentam-dentum C  gelap-gelita
B  degap-degup D  kelap-kelip

24  Bunyi ______ ayam betina yang hendak bertelur itu sangat bising.
A  riuh-rendah C  sorak-sorai
B  ketuk-ketak D  corak-coret

25  Saya kagum melihat _______ penari kanak-kanak yang menari tarian zapin itu.
A  bengkang-bengkok C  lintang-pukang
B  lenggang-lenggok D  simpang-siur

26  Adila memberitahu _______ dia tidak hadir semasa latihan bola jaring semalam.
A  sebab-musabab C  selok-belok
B  sedu-sedan D  corat-coret

27  Kuih-muih yang dibuat oleh kakak  _______ keranan kehabisan gula.
A  tawar-hambar C  serbah-serbih
B  comot-momot D  herot-berot

28  Walaupun badan Fendy ________, namun dia kuat berlari.
A   bengkang-bengkok C  kering-kontang
B  gemuk-gedempol D  herot-berot

29  Saya dapat melihat keindahan ________ di Pulau Langkawi dari dalam kereta kabel.
A  gunung-ganang C  tanah-tanih
B  rumput-rumpai D.  batu-batan

30  Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan diadakan secara ________.
A  gilang-gemilang C  riuh-rendah
B  kenduri-kendara D  sorak-sorai

31  Hati ibu ________ apabila terkenang ayah yang telah pergi buat selama-lamanya.
A  gundah-gulana C  serbah-serbih
B  lintang-pukang D  liang-liuk

32  Sultan Mansor yang adil itu tidak meminggirkan golongan ________.
A  gemuk-gedempol C   liang-liuk
B  suku-sakat D  hina-dina

33  Bunyi _______ jelas kedengaran apabila kakak mengeruk periuk nasi itu.
A  dentam-dentuk C  kerak-keruk
B   riuh-rendah D  hiruk-pikuk

34  Rantai tangan yang baru dibeli oleh Puan Melur itu kelihatan_________.
A  terang-benderang C  kilau-kemilau
B  gilang-gemilang D  riuh-rendah

35  Lantai rumah saya _______ kerana baru dimop oleh kakak.
A  simpang-siur C  remuk-redam
B  lekak-lekuk D  licin-licau

36  Adila ingin mengetahui  ________ keturunannya daripada datuk dan nenek.
A  saudara-mara C  sorak-sorai
B  suku-sakat D  susur-galur

37  Kami sekeluarga memang kerap _______ kerana ayah sering bertukar tempat kerja.
A  pindah-randah C  porak-peranda
B  gotong-royong D  huru-hara

38  _______ murid yang baru kehilangan ibu bapa  itu sangat menyentuh perasaan Cikgu Safia.
A  Limpah-ruah C  Corat-coret
B  Sedu-sedan D  Selok-belok

39  Jalan yang _______ di bandar itu telah menyebabkan kami tersesat.
A  simpang-siur C  licin-licau
B  lekak-lekuk D  haru-biru

40  _______ Iban banyak ditemui di negeri Sabah.
A  Keluh-kesah C  Suku-sakat
B  Muda-mudi D  Kaya-raya

Jawapan
1B
2B
3A
4B
5C
6B
7C
8D
9C
10C
11B
12C
13B
14C
15C
16C
17B
18C
19A
20D
21A
22A
23D
24B
25B
26A
27A
28B
29A
30A
31A
32D
33C
34C
35D
36D
37A
38B
39A
40C

40 Soalan Objektif : Kata Ganda

Pilih jawapan yang paling sesuai :

1  “  _____ kita bermuafakat untuk membangunkan kampung ini,” kata penghulu Kampung Jawa.
A  Selama-lamanya
B  Rupa-rupanya
C  Rasa-rasanya
D  Seelok-eloknya

2  Suasana di rumah Encik Chong berubah menjadi _____ apabila semua anaknya berhijrah ke tempat lain.
A  sunyi sepi
B  hiruk-pikuk
C  gegak gempita
D  gopoh-gapah

3  Sorakan para penonton di dalam dewan itu menjadikan suasana ______.
A  porak-peranda
B  hiruk-pikuk
C  haru-biru
D  kucar-kacir

4  Pegawai itu kelihatan _____ di ruang tamu pejabatnya kerana memikirkan masalah pekerjaannya.
A  ulang-alik
B  pindah-randah
C  mundar-mandir
D  bolak- balik

5  Jika kamu ingin melihat ______ berterbangan dan mengeluarkan cahaya pada waktu malam bolehlah berkunjung ke Kuala Selangor.
A  kunang-kunang
B  patung -patung
C  layang-layang
D  obor-obor

Jawapan :

  1. D
  2. A
  3. B
  4. C
  5. A


Soalan Objektif : Kata Ganda Berentak

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _________ itu.
A  bengkang-bengkok C  batu-batan
B  kacau-bilau D  haru-hiru

2  Kaki Bali _______ oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.
A  punah-ranah C  robak-rabik
B  lekuk-kekak D  calar-balar

3  Badan  saya terasa _______ setelah mandi air perigi yang sejuk itu.
A  tawar-hambar C  kusut-masai
B  comot-momot D  segar-bugar

4  Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik  ________ di pantai itu.
A  mandi-manda C  riuh-rendah
B  mundar-mandir D  kacau-bilau

5  Sifat  ________ yang ditunjukkan oleh tuan rumah menyenangkan hati para tetamu.
A  remeh-temeh C  kelam-kabut
B  ramah-tamah D  keluh-kesah

6  Rambut Wenday  _______ setelah bangun daripada tidur.
A  compang-camping C  robak-rabik
B  kusut-masai D  huru-hara

7  Guru besar mengambil tindakan tatatertib _____ terhadap murid yang terlibat dengan kes buli itu.
A  porak-peranda C  lambat-laun
B  remeh-temeh D  serta-merta

8  Pak Dolah tahu ______ tentang isu politik negara walaupun dia tinggal di kawasan pedalaman.
A  lenggak-lenggok C  serba-serbi
B  simpang-siur D  hiruk-pikuk

9  Musim kemarau telah menyebabkan kawasan tadahan air itu _______.
A  gembar-gembur C  serba-serbi
B  gundah-gulana D  remuk-redam

10  Rumah Nenek Zaharah _______ dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
A  tunggang-langgang C  riuh-rendah
B  punah-ranah D  calar-balar

11  Rendang itu sangat sedap kerana dimasak menggunakan _____ yang istimewa.
A  rempah-ratus C  lauk-pauk
B  sayur-mayur D  saki-baki

12  Majlis itu dihadiri oleh semua rakan daan _____ terdekat Puan Dalila.
A  saudara-mara C  corat-coret
B  limpah-ruah D  kuih-muih

13  Keadaan ______ di Mesir menyebabkan semua pelajar Malaysia yang menuntut di sana pulang ke tanah air.
A  tunggang-langgang C  riuh-rendah
B  kacau-bilau D  hiruk-pikuk

14  Hati Mei Ling _______ apabila mendapati komputer ribanya hilang.
A  compang-camping C  remuk-rendam
B  porak-peranda D  kusut-masai

15  _______ ayng terhidang di atas meja itu sungguh menyelerakan.
A  Rempah-ratus C  Lauk-pauk
B  Batu-batan D  Saki-baki

16  Mulut pelakon itu ______ menghafal skrip sebelum penggambaran dijalankan.
A  comot-momot C  simpang-siur
B  kumat-kamit D  kusut-masai

17 Lori yang ________ di kawasan perumahan saya telah mengakibatkan kerosakan jalan yang teruk.
A  bengkang-bengkok C  simpang-siur
B  mundar-mandir D  lalu-lalang

18  Halina bukan sahaja pandai menjahit malah mahir membuat _______ tradisional.
A  rempah-ratus C  sayur-mayur
B  tanah-tanih D  kuih-muih

19  Persiapan majlis perkahwinan anak Encik Harun dan Puan Tina akan dilakukan secara ______.
A  gotong-royong C  riuh-rendah
B  lintang-pukang D  hiruk-pikuk

20  Rumah saya menjadi _________ apabila bekalan elektrik terputus secara tiba-tiba.
A  terang-benderang C  kacau-bilau
B  gelap-gelita D  hiruk-pikuk

21  Puan Salina memerhati dua orang anaknya yang sedang bermain ________.
A  jongkang-jongket C  riuh-rendah
B  tanah-tanih D  sorak-sorai

22  Pokok padi itu ________apabila ditiup angin.
A   bengkang-bengkok C  simpang-siur
B  lenggak-lenggok D  liang-liuk

23   Nasi itu _______ kerana  api dapur terlalu besar.
A  hangit-pengit C  gelap-gelita
B  hancur-lebur D  haru-biru
24  Penjaja tanpa lesen itu lari _______ apabila diserbu oleh pihak berkuasa.
A  lintang-pukang C  kucar-kacir
B  simpang-siur D  huru-hara

25  _________ para penyokong menaikkan lagi semangat pemain-pemain bola sepak untuk menjaringkan gol.
A  Sorak-sorai C  Riuh-rendah
B  Hiruk-pikuk D  Jerah-jerih

26  Jason berasa curiga melihat seorang pemuda yang berjalan ________ di hadapan rumah jirannya.
A  lenggang-lenggok C  mundar-mandir
B  lintang-pukang D  simpang-siur

27  Anita tidak _______ menceritakan rahsia peribadinya kepada Jessica.
A  selang-seli C  lambat-laun
B  segan-silu D  teka-teki

28  Kamil mempelajari _______ perniagaan daripada ayahnya yang lebih berpengalaman.
A  lenggak-lenggok C  serba-serbi
B  lintang-pukang D  selok-belok

29  Sesiapa yang dapat menjawab ________ itu akan diberi hadiah oleh Cikgu Rahman.
A  lekak-lekuk C  selang-seli
B  kotak-katik D  teka-teki

30  Cikgu Nadia menegur pakaian Anand yang ________.
A  lintang-pukang C  punah-ranah
B  serbah-serbih D  kusut-masai

31   Keadaan di dalam kedai runcit itu ________ setelah dimasuki pencuri pada malam tadi.
A  tunggang-langgang C  riuh-rendah
B  kelam-kabut D  hiruk-pikuk

32  Dalam keadaan _________,  Rajesh terlupa untuk memakai stoking semasa ke sekolah.
A  tunggang-langgang C  kelam-kabut
B  lintang-pukang D  kacau-bilau

33  Khemah itu akan disewa oleh penduduk kampung setiap kali ________ diadakan.
A  kenduri-kendara C  sorak-sorai
B  kering-kontang D  beli-belah

34  “Ketumbuhan ini jika dibiarkan _________ akan menjadi kanser,”  kata Doktor Idayu kepada pesakitnya.
A  umbang-ambing C  keluh-kesah
B  lambat-laun D  dolak-dalih

35  Keadaan menjadi semakin _______ apabila penunjuk perasan merusuh di tempat-tempat awam.
A  tunggang-langgang C  riuh-rendah
B  lintang-pukang D  huru-hara

36  Bintang yang berkerdipan pada waktu malam menjadikan langit _______.
A  terang-benderang C  warna-warni
B  senang-lenang D  gelap-gelita

37  Salah satu tanda keracunan makanan ialah pesakit akan mengalami ________.
A  kusut-masai C  huru-hara
B  calar-balar D  cirit-birit

38  Pendatang tanpa izin itu menyamar sebagai pengemis dengan pakaian _________.
A  tanggang-langgang C  warna-warni
B  compang-camping D   kusut-masai

39 Bunyi jantungnya _________ sewaktu hendak mengambil keputusan peperiksaan itu.
A  lentang-lentung C  riuh-rendah
B  degap-degup D  liang-liuk

40  Walaupun usahawan itu _______ namun dia tidak sombong.
A  kelam-kabut C  kaya-raya
B  kucar-kacir D  hina-dina


Jawapan
1A
2D
3D
4A
5B
6B
7D
8C
9C
10C
11A
12A
13B
14C
15C
16B
17D
18D
19A
20B
21A
22D
23A
24A
25A
26C
27B
28D
29D
30B
31A
32C
33A
34B
35D
36A
37D
38B
39B
40C

Latihan Kata Ganda - Isikan tempat kosong

Isikan tempat kosong dengan kata ganda yang paling sesuai.

Sesiku terang-benderang bertukar-tukar lelabah anak-anak

1  Mereka melukis murai itu dengan menggunakan sesiku supaya ukurannya tepat.

2  Adik menjerit sekuat hati kerana seekor lelabah jatuh ke ribanya.

3  Pada waktu malam, Bandar Raya Kuala Lumpur terang-benderang dengan cahaya lampu di sepanjang jalan.

4  Encik Johari melambai-lambaikan tangan kepada _________nya yang sedang menunggu kepulangannya di pintu rumah.

5  Mereka berbincang dan _______ pendapat sewaktu mesyuarat dijalankan.


Jawapan
  1. sesiku
  2. lelabah
  3. terang-benderang
  4. anak-anak
  5. bertukar-tukar