Soalan-soalan Objektif : Kata Ganda Berimbuhan

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Hafiz makan ______ nasi kerana terlalu lapar.
A  berpinggan-pinggan C  berbulan-bulan
B  berdozen-dozen D  beribu-ribu

2  “Jangan suka _______ membuat sesuatu kerja, nanti kamu yang akan rugi,” nasihat ibu kepada saya.
A  bertangguh-tangguh C  berselang-seli
B  bersimpang-siur D  bertalu-talu

3  Guru besar sekolah itu tidak ________untuk mengenakan tindakan disipin terhadap murid yang selalu mencuri harta-benda sekolah itu.
A  terhegeh-hegeh C  teragak-agak
B  terbawa-bawa D  tercari-cari

4  Adila ________ balasan e-mel daripada abangnya yang sedang menuntut di luar negara.
A  terpandang-pandang C  terhenti-henti
B  terbayang-bayang D  ternanti-nanti

5  Izaat berjalan ke sekolah dengan ______ kerana dia terlambat bangun daripada tidur.
A  tercengang-cengang C  tergesa-gesa
B  terhegeh-hegeh D  tercari-cari

6  ________ penonton datang ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan badminton antara Malaysia dengan Indonesia.
A  Berduyun-duyun C  Bertalu-talu
B  Berbakul-bakul D  Bertubi-tubi

7  Sarimah ______ kucing kesayangannya selepas pulang dari sekolah.
A   mengusap-usap C  mencubit-cubit
B  memicit-micit D  mengurut-urut

8  Semangat saya untuk berjaya semakin _______ selepas mengikuti khemah motivasi itu.
A  berkobar-kobar C  berkilau-kilau
B  berkibar-kibar D  berkelip-kelip

9  Puan Saleha _________ hendak menambah satu lagi cawangan kedai keknya di Ipoh.
A  berebut-rebut C  berkata-kata
B  berpura-pura D  berkira-kira

10  Marina menangis ________ apabila mendapati namanya tidak tersenarai untuk mewakili sekolah dalam acara bola jaring.
A  tersengguk-sengguk C  tergapai-gapai
B  tersenyum-senyum D  teresak-esak

11  Dhiya _______ kegirangan apabila memenangi pertandingan reka cipta di sekolahnya.
A  melompat-lompat C  melaung-laung
B  melambai-lambai D  meleret-leret

12  Adik  ________ apabila ayah tidak membenarkannya mengikuti perkhemahan di Janda Baik.
A  melompat-lompat C  merungut-rungut
B  melayang-layang D  menari-nari

13  Jason tidur _______ semasa di dalam domuter kerana terlalu letih.
A  tersengguk-sengguk C  terputus-putus
B  tersangkut-sangkut D  tersedu-sedu

14  Puan Fatimah tidak suka ________ walapun semua anaknya berjaya dalam kerjaya mereka.
A  bermegah-megah C  berbunyi-bunyi
B  bercakap-cakap D  beringat-ingat

15  Ibu meminta adik mengemas alat mainannya yang ______ di ruang tamu.
A  bersepah-sepah C  berselang-seli
B  bersusun-susun D  bertalu-talu

16  Imran sering ________ apabila diminta membayar yuran persatuan.
A  bertanya-tanya C  berdolak-dalik
B  bersama-sama D  berliku-liku

17  Kumpulan Anggerik ________ menyiapkan model penapis air untuk merebut gelaran juara pertandingan reka cipta.
A  bertungkus-lumus C  berubah-ubah
B  berulang-alik D  berlari-lari

18  Puan Azibah sering ________ juadah dengan jirannya terutama sekali pada bulan puasa.
A  bertingkah-tingkah C  bertukar-tukar
B  berselang-seli D  berturut-turut

19  Saya dan kakak sering ________ di taman pada waktu petang.
A  bersungguh-sungguh C  bersiap-siap
B  berpusing-pusing D  bersiar-siar

20  Telefon di atas meja itu _________ tetapi tiada sesiapa pun yang mengendahkannya.
A  berdentum-dentum C  berdering-dering
B  berdesing-desing D  berdekah-dekah

21  Nenek menadah air hujan yang ________dari atap rumah yang bocor itu dengan besen.
A  menyembur-nyembur C  mencurah-curah
B  mengulang-ulang D  menitik-nitik

22  Janet ________ keletihan selepas berlari tiga pusingan di padang sekolahnya.
A   tercungap-cungap C  tersedu-sedu
B  teresak-esak D  terbuai-buai

23  Jalur Gemilang _______ di setiap rumah sempena sambutan Hari Kemerdekaan.
A  bergerak-gerak C  berkibar-kibar
B  berkipas-kipas D  berbuai-buai

24  Dahlia ________ sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di Kuala Lumpur.
A  tercengang-cengang C  terbawa-bawa
B  terbayang-bayang D  tercari-cari

25  Anita ketawa ________ apabila menonton rancnagan komedi kegemarannya.
A  berdentang-dentang C  berdekah-dekah
B  berderai-derai D  berdolak-dalik

26  Nasihat yang diberi oleh penceramah motivasi itu masih _________ di telinga saya.
A  terkenang-kenang C  terngiang-ngiang
B  terbayang-bayang D  teringat-ingat

27  Felicia _______ bunga yang diletakkan di atas meja itu supaya kelihatan segar.
A  memercik-mercik C  merenjis-renjis
B  mencium-cium D  memilih-milih

28  Sudah _______ ayah membeli telefon bimbit itu tetapi masih belum tahu menggunakannya.
A  bergunung-gunung C  berhari-hari
B  bergesa-gesa D  beria-ia

29  Muka aida ______ bagai udang dibakar kerana kepanasan.
A  kekuningan-kuningan C  kehijau-hijauan
B  kemerah-merahan D  kebiru-biruan

30  Emran berjalan _________ kerana kakinya terseliuh semasa bermain bola sepak.
A  terhuyung-hayang C  terkedek-kedek
B  terlompat-lompat D  terhincut-hincut

31  Ayam itu _________ tanah untuk mencari makanan.
A  menyapu-nyapu C  mengais-ngais
B  mengikis-ngikis D  mengait-ngait

32  Abang Hakimi berenang ke arah seorang kanak-kanak yang ______ di pantai itu.
A  termengah-mengah C  tergapai-gapai
B  tergagau-gagau D  tersedu-sedu

33  Beg tiruan yang dibeli oleh kakak _______ beg berjenama terkenal.
A  sedalam-dalam C  secepat-cepat
B  sedapat-dapat D  seakan-akan

34  Puan Ratna ________ dengan tetamu yang datang ke rumahnya.
A  berbeza-beza C  berbual-bual
B  berdecit-decit D  berbelit-belit

35  Wajah Poh Ru kelihatan _________ walaupun usianya sudah 25 tahun.
A  kemerah-merahan C  kegelap-gelapan
B  kebarat-baratan D  keanak-anakan

36  Sarung bantal yang ______ itu dijahit oleh ibu saya.
A  berbunga-bunga C  bersegi-segi
B  berkepul-kepul D  berliku-liku

37  Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat ________ bantuan makanan dan pakaian kepada mangsa-mangsa banjir itu.
A  membanding-bandingkan
B  membesar-besarkan
C  membeza-bezakan
D  mengagih-agihkan

38  Rumah Puan Dewi yang terletak di Taman Angsana itu _________ dengan rumah Puan Chong.
A  bersebelah-sebelahan C  beriring-iringan
B  bercakar-cakaran D  berdua-duaan

39  Pasar raya itu menjual _______ jenis barangan keperluan dapur dan juga pakaian.
A  berpinggan-pinggan C  berpotong-potong
B  berlonggok-longgok D  berbagai-bagai

40  Adik ________ tangannya yang gatal akibat digigit nyamuk.
A  menggapai-gapai C  memukul-mukul
B  menggaru-garu D  menarik-narik

Jawapan
1A
2A
3C
4D
5C
6A
7A
8A
9D
10D
11A
12C
13A
14A
15A
16C
17A
18C
19D
20C
21D
22A
23C
24A
25C
26C
27C
28C
29B
30D
31C
32C
33D
34C
35D
36A
37D
38A
39D
40B

No comments:

Post a Comment