Kertas Soalan Objektif 2 : Kata Ganda Berentak

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Wakil rakyat mendengar segala _______ penduduk tentang masalah bekalan air di kampung itu.
A  remeh-temeh C  kaya-raya
B  keluh-kesah         D  gerak-geri

2  Suasana ________ di pasar Jalan Tunku Abdul Rahman pada setiap hari Sabtu jelas kedengaran seawal jam 3.00 petang.
A  kacau-bilau C  kacar-kacir
B  hiruk-pikuk D  huru-hara

3  Peragawati itu berjalan ________ sambil memperagakan pakaian batik keluaran Butik Pesona.
A  lenggak-lenggok C  mundar-mandir
B  lintang-pukang D  liang-liuk

4  Ayah bekerja _________ demi menyara kehidupan kami sekeluarga.
A  gotong-royong C  gopoh-gapah
B  hempas-pulas D  kelam-kabut

5  _______ pemuda yang disyaki penjenayah itu dalam perhatian pihak polis.
A  Lenggang-lenggok C  Gerak-geri
B  Degap-degup D  Liang-liuk

6  _______ yang mengatakan bahawa harga minyak akan dinaikkan lagi pada tahun ini adalah tidak benar.
A  Dentam-dentum C  keluh-kesah
B  Desas-desus D  Corat-coret

7  Mak Cik Rahimah kini hidup _______ kerana semua anaknya telah berjaya dalam kejaya.
Atunggang-langgang C  senang-lenang
B  umbang-ambing D  serba-serbi

8  Ibu menyimpan _______ lauk di dalam peti sejuk supaya tidak basi.
A  rempah-ratus C  kucar-kacir
B  kacau-bilau D  saki-baki

9  Pelbagai gajet yang canggih di pasaran menjadi pilihan  ______ masa kini.
A  senang-lenang C  muda-mudi
B  hina-dina D  ipar-duai

10  Pondok kecil di kebun datuk _______ akibat pukulan angin kencang pada pagi tadi.
A  lintang-pukang C  punah-ranah
B  hancur-lebur D  huru-hara

11  Keluarga yang ________ akan mengganggu emosi anak-anak.
A  tunggang-langgang C  riuh-rendah
B  porak-peranda D  hiruk-pikuk

12  Pahang merupakan salah satu pengeluar ________ yang terpenting di negara kita.
A  gunung-ganang C  kayu-kayan
B  tanah-tanih D  batu-batan

13  Askar itu memakai pakaian seragam _______ ketika bertugas.
A  compang-camping C  comot-momot
B  celorong-celoreng D  kusut-masai

14  Tin-tin kosong yang _______ itu akan dihantar ke pusat kitar semula.
A  remuk-redam C  kemuk-kemik
B  hancur-lebur D  punah-ranah

15  _________ sepanjang majlis penyampaian anugerah itu disiarkan di dalam akhbar hari ini.
A  Lintang-pukang C  Corat-coret
B  Sorak-sorai D  Hiruk-pikuk

16  Perahu yang kami naiki _______ apabila dipukul ombak.
A  lintang-pukang C  olang-aling
B  simpang-siur D  haru-hiru

17  Datuk Kamal tidak suka membincangkan hal yang ______ di dalam mesyuarat itu.
A  remuk-redam C   kacau-bilau
B  remeh-temeh D   huru-hara

18  Adik suka makan kek _______ yang dibuat oleh ibu.
A  tawar-hambar C  warna-warni
B  serta-merta D  selang-seli

19  Mulut adik ________ setelah makan aiskrim yang digemarinya itu.
A  comot-momot C  sorak-sorai
B  riuh-rendah D  huru-hara

20  Gambar rajah itu _________ kerana dilukis tanpa menggunakan pembaris.
A  lintang-pukang C  kacau-bilau
B  simpang-siur D  herot-berot

21  Dada pelari itu ________ selepas menamatkan lariannya.
A  kembang-kempis C  remuk-redam
B  dentam-dentum D  ketak-ketuk

22  Selain buah-buahan,  Encik Edward juga menjadi _______ yang segar.
A  sayur-mayur C   bukit-bukau
B  tanah-tanih D   batu-batan

23  Setiap kali hari raya,  ayah akan memasang lampu _______ di rumah kami untuk memeriahkan suasana.
A  dentam-dentum C  gelap-gelita
B  degap-degup D  kelap-kelip

24  Bunyi ______ ayam betina yang hendak bertelur itu sangat bising.
A  riuh-rendah C  sorak-sorai
B  ketuk-ketak D  corak-coret

25  Saya kagum melihat _______ penari kanak-kanak yang menari tarian zapin itu.
A  bengkang-bengkok C  lintang-pukang
B  lenggang-lenggok D  simpang-siur

26  Adila memberitahu _______ dia tidak hadir semasa latihan bola jaring semalam.
A  sebab-musabab C  selok-belok
B  sedu-sedan D  corat-coret

27  Kuih-muih yang dibuat oleh kakak  _______ keranan kehabisan gula.
A  tawar-hambar C  serbah-serbih
B  comot-momot D  herot-berot

28  Walaupun badan Fendy ________, namun dia kuat berlari.
A   bengkang-bengkok C  kering-kontang
B  gemuk-gedempol D  herot-berot

29  Saya dapat melihat keindahan ________ di Pulau Langkawi dari dalam kereta kabel.
A  gunung-ganang C  tanah-tanih
B  rumput-rumpai D.  batu-batan

30  Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini akan diadakan secara ________.
A  gilang-gemilang C  riuh-rendah
B  kenduri-kendara D  sorak-sorai

31  Hati ibu ________ apabila terkenang ayah yang telah pergi buat selama-lamanya.
A  gundah-gulana C  serbah-serbih
B  lintang-pukang D  liang-liuk

32  Sultan Mansor yang adil itu tidak meminggirkan golongan ________.
A  gemuk-gedempol C   liang-liuk
B  suku-sakat D  hina-dina

33  Bunyi _______ jelas kedengaran apabila kakak mengeruk periuk nasi itu.
A  dentam-dentuk C  kerak-keruk
B   riuh-rendah D  hiruk-pikuk

34  Rantai tangan yang baru dibeli oleh Puan Melur itu kelihatan_________.
A  terang-benderang C  kilau-kemilau
B  gilang-gemilang D  riuh-rendah

35  Lantai rumah saya _______ kerana baru dimop oleh kakak.
A  simpang-siur C  remuk-redam
B  lekak-lekuk D  licin-licau

36  Adila ingin mengetahui  ________ keturunannya daripada datuk dan nenek.
A  saudara-mara C  sorak-sorai
B  suku-sakat D  susur-galur

37  Kami sekeluarga memang kerap _______ kerana ayah sering bertukar tempat kerja.
A  pindah-randah C  porak-peranda
B  gotong-royong D  huru-hara

38  _______ murid yang baru kehilangan ibu bapa  itu sangat menyentuh perasaan Cikgu Safia.
A  Limpah-ruah C  Corat-coret
B  Sedu-sedan D  Selok-belok

39  Jalan yang _______ di bandar itu telah menyebabkan kami tersesat.
A  simpang-siur C  licin-licau
B  lekak-lekuk D  haru-biru

40  _______ Iban banyak ditemui di negeri Sabah.
A  Keluh-kesah C  Suku-sakat
B  Muda-mudi D  Kaya-raya

Jawapan
1B
2B
3A
4B
5C
6B
7C
8D
9C
10C
11B
12C
13B
14C
15C
16C
17B
18C
19A
20D
21A
22A
23D
24B
25B
26A
27A
28B
29A
30A
31A
32D
33C
34C
35D
36D
37A
38B
39A
40C

No comments:

Post a Comment