Kertas Soalan Objektif 3 : Kata Ganda Berentak

Latihan Berformat UPSR ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan kemahiran murid-murid dalam soalan kata ganda berentak.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1  Penjenayah yang dikejar oleh polis itu ________ ke dalam rumah kosong itu.
A  susur-galur C  susup-sasap
B  suku-sakat D  kusut-masai

2  ________ penyanyi pujaan ramai itu menjadi ikutan para peminatnya.
A  Lintang-pukang C  Susur-galur
B  Tindak-tanduk D  Selok-belok

3  Rumah yang kami diami sekarang adalah pusaka ________ keluarga ayah.
A  turun-temurun C  susur-galur
B  pindah-randah D  selang-seli

4  _______ yang digunakan untuk mengikat kapal itu sangat tahan lama.
A  Jongkang-jongket C  Umbang-ambing
B  Bengkang-bengkok D  Tali-temali

5  ________ Tok Malim terkenal dengan sifat berhemah tinggi dan disenangi oleh ramai orang.
A  Turun-temurun C  Corat-coret
B  Susur-galur D  Anak-pinak

6  Kolam itu dihiasi dengan ______ yang cantik dan unik.
A  tanah-tanih C  batu-batan
B  bukit-bukau D  tali-temali

7  Encik Razif memotong _________ yang panjang di belakang rumahnya.
A  rumput-rumpai C  batu-batan
B  sayur-mayur D  tali-temali

8  ________ Adila menaiki komuter ke tempat kerja untuk mengelakkan kesesakan jalan raya.
A  Lintang-pukang C  Sekali-sekala
B  Kelam-kabut D  Huru-hara

9  Kuih lapis yang ibu buat ______ dengan warna merah dan putih.
A warna-warni C  selang-seli
B  lekak-lekuk D  corat-coret

10  Saya sukar mempercayai kerana dia sering bercakap _______.
A  lenggang-lenggok C  bolak-balik
B  riuh-rendah D  liang-liuk

11  Ahli payung terjun yang berani itu terapung-apung di _______.
A  awang-gemawang C  bukit-bukau
B  gunung-ganang D  tanah-tanih

12  ______bunyi mercun semasa sambutan Tahun Baru jelas kedengaran dari rumah saya.
A  Dentam-dentum C  Desas-desus
B  Degap-degup D  Detik-detak

13  Puan Amani ______ dari rumahnya ke tempat kerja sejauh 25 kilometer pada setiap hari.
A  umbang-ambing C  ulang-alik
B  lenggak-lenggok D  huru-hara

14  Badan Danial ______ setelah makan makanan laut kerana dia mengalami masalah alahan.
A  kembang-kempis C  degap-degup
B  bengkak-bengkil D  calar-balar

15  Sup sayur itu _______ kerana mangkuknya terlalu kecil.
A  tunggang-langgang C  comot-momot
B  tumpah-ruah D  serbah-serbih

16  Halina ada ________ dengan pemimpin yang disegani itu.
A  turun-temurun C  kacau-bilau
B  desas-desus D  kait-paut

17  Anak anak ayam itu _______ setiap kali nenek memberi makan.
A  riuh-rendah C  hiruk-pikuk
B  sorak-sorai D  ciak-ciap

18  Ibu meletakkan sekeping kertas tebal sebagai alas kaki alamari yang ______ itu.
A  tunggang-langgang C  incang-incut
B  lenggang-lenggok D  liang-liuk

19  Bunyi ______ tin minuman kosong yang terjatuh ke lantai telah membuat ibu terkejut.
A  kelentang-kelentung C  degap-degup
B  dentam-dentum D  riuh-rendah

20  _______ di kawasan itu subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman.
A  Sayur-mayur C   Kayu-kayan
B  Tanah-tanih D   Batu-batan

21  Surat khabar lama itu __________ kerana dicakar kucing peliharaan abang.
A  lintang-pukang C  robak-rabik
B  kusut-masai D  haru-biru

22  Gadis itu dihormati kerana dia sentiasa memelihara ______ dalam pergaulan.
A  lenggang-lengguk C  basa-basi
B  suku-sakat D  liang-liuk

23  Basikal tua datuk saya berbunyi ________ apabila dikayuh.
A  kelentang-kelentung C  kerak-keruk
B  keriang-keriut D  kerap-kerup

24  Bau _______ begitu menusuk dihung apabila saya melalui tapak pelupusan sampah itu.
A  busuk-bangar C  hiruk-pikuk
B  hingar-bingar D  huru-hara

25  Kita tidak sepatutnya bercakap _________ walaupun sedang marah.
A  porak-peranda C  lekak-lekuk
B  carut-marut D  selang-seli

Jawapan
1C
2B
3A
4D
5D
6C
7A
8C
9C
10C
11A
12A
13C
14B
15B
16D
17D
18C
19A
20B
21C
22C
23B
24A
25B

No comments:

Post a Comment